Tuesday, July 27, 2010

Skandal Pegawai Kewangan Negeri - Siri 3


Kepada sesiapa yang belum begitu mengenali Dato Arif, di sini kami paparkan sedikit pengenalan mengenai beliau sebelum kita meneruskan siri pendedahan skandal beliau selanjutnya.

Nama penuh beliau ialah Mohd Arif Abdul Rahman. Memulakan pekerjaan beliau disektor perkhidmatan awam pada tahun 1980 sebagai pegawai tadbir diplomatik. Kemudian ditugaskan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Penolong Pengarah di Unit Penyelarasan Perlaksanaan. Setelah 10 tahun berkhidmat di JPM, beliau ditempatkan di Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor sebagai Ketua Penolong Setiausaha di unit penswastaan dan setinggan.

Dato Arif kemudiannya menjadi Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Kewangan salama 7tahun sebelum kembali dipindahkan ke negeri Selangor sebagai Ketua Penolong Pengarah yang menjaga bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Latihan dan Biasiswa.

Pada 2003 beliau menggantikan tempat Dato Abdul Karim Munisar sebagai YDP Majlis Perbandaran Sepang(MPSP). Setelah dua tahun di MPSP beliau kemudiannya dipindahkan ke Majlis Perbandaran Subang Jaya menggantikan tempat Datuk Abdul Hakim Borhan sebagai Yang DiPertua.

Sekarang jawatan yang sedang dinikmati oleh beliau adalah PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SELANGOR (PWN). Dan khabarnya sekarang ini, beliau sedang berusaha keras dan melobi sakan untuk mendapatkan jawatan SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR yang akan dikosongkan oleh Dato Ramli Mahmud yang akan bersara pada bila-bila masa.

Seterusnya kita melihat sedikit mengenai perwatakan dan personaliti beliau.
Mukanya agak manis berkulit gelap bermisai tebal laksana hero filem tamil. Sangat suka senyum terutamanya kepada kaum hawa. Suka berjenaka tetapi agak sensitif. Sangat suka menyanyi dan berkaraoke. Tapi tidak suka berceramah atau berpidato kerana beliau adalah seorang yang gagap.

Mempunyai citarasa yang sangat tinggi. Sangat suka membazir terutamanya untuk membeli barang-barang berjenama.(Rahsia bagaimana pegawai tinggi kerajaan seperti beliau boleh mendapat duit yang begitu banyak setiap bulan akan kita dedahkan selepas ini).

Tersangat suka main golf hingga boleh di katakan padang golf adalah rumah bini no. 2 beliau. Sangat pandai bermuka-muka. Tetapi sayangnya tidak berapa suka solat dan amat jarang pergi ke masjid.

Dato Arif juga adalah seorang ahli UMNO yang begitu rapat dengan mantan MB Selangor Dato Seri Khir Toyo sehingga sekarang. Beliau begitu kecewa apabila UMNO/BN kalah di Selangor. Beliaulah yang begitu setia menemani Khir Toyo di pejabat UMNO pada malam keputusan pilihanraya diumumkan (8 Mac, 2008) sehinggalah ke awal pagi.

Jadi, melihat kepada sejarah beliau dan kuasa yang beliau ada di negeri Selangor di campur dengan perwatakan dan persenolati yang disebutkan tadi, bayangkanlah apa yang beliau boleh dan berupaya untuk lakukan di negeri ini.

Kami akan dedahkan lagi apa yang Dato Arif telah lakukan supaya rakyat Selangor dan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor sedar siapa sebenarnya Dato Arif supaya kita tidak berterusan membela biawak hidup yang boleh menggugat imej kerajaan negeri Selangor.

Sunday, July 18, 2010

Skandal Pegawai Kewangan Negeri Selangor - SIRI 2



Nampaknya kesan pendedahan penyelewengan Dato arif dalam SIRI 1 begitu mengejutkan. Pelbagai pihak memberi respons yang positif. Ada yang memberi maklumat tambahan, ada yang memberi maklumat baru dan ada juga yang ingin penjelasan lanjut. Nampak jelas yang dato arif ini lebih banyak musuh daripada kawan. Dia perasan yang dia disukai oleh semua orang tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

Kami tahu dato Arif sedaya upaya cuba menyekat penyebaran blog ini sebaik sahaja pihak kami mengeluarkan SIRI 1. Dia telah mengarahkan pakar IT daripada SUK Selangor untuk menyekat blog ini daripada dapat dilihat oleh seluruh kakitangan kerajaan negeri selangor. Kami juga tahu pakar IT yang menjadi anjing suruhan Dato Arif cuba mengganggu blog kami dengan beberapa kali berusaha untuk menggodam blog kami. Tetapi jangan risau, kalaupun blog ini digodam, kami boleh buat berpuluh lagi blog yang baru. Pokoknya, nafsu serakah dan agenda busuk dato arif mesti terus didedahkan.

Dalam sidang Dun selangor baru-baru ini, nampaknya dato Arif tidak senang duduk. Beliau jarang-jarang kelihatan di dalam dewan. Asyik berlari cuba mengelakkan diri daripada disoal oleh wartawan.

Kami sanjung keberanian ADUN Kampung Tunku, YB Lau Weng San daripada DAP yang begitu berani mendedahkan penyelewengan kuasa dato arif di dalam Dewan. Beliau suruh siasat penyelewengan pagawai kewangan negeri dan bertanya soalan kepada MB samada tender secara rundingan terus masih diamalkan dinegeri selangor. Kelihatan YB Azmin meleretkan matanya ke arah dato arif pada ketika itu. Apakah hubungan mereka pula? Tunggu…kami akan dedahkan dalam siri yang lain. Yang pentingnya MB selangor telah menegaskan dalam jawapan beliau bahawa sudah tidak ada lagi rundingan terus boleh dilakukan di selangor sejak Pakatan Rakyat memerintah.

Kami juga menyanjung tinggi tindakan pemuda Pas Selangor yang berani menyerahkan memorandum kepada MB selangor dan Pengerusi Selcat ketika sidang dun berlangsung, meminta supaya pihak kerajaan negeri selangor menyiasat penyelewengan dato arif tersebut. Sekiranya tidak ada respons yang positif daripada kerajaan selangor, mereka berjanji untuk melaporkan kepada pihak polis dan sprm. Ini adalah satu perkembangan yang positif dalam usaha nak menyelamatkan selangor daripada agenda rakus dato arif dan kuncu-kuncu beliau.

Kami seterusnya berbangga dengan tindakan proaktif KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) yang telah bertindak mengarahkan dato arif mengadap beliau pada minggu lepas selepas pihak kami mendedahkan penyelewengan dato arif dalam SIRI 1. Kami harap ada tindakan tegas dapat dilakukan oleh beiau demi menjaga integriti perkhidmatan awam dinegara kita.

Akhirnya, kepada mereka yang memberi maklumat baru kepada kami berkenaan dato arif, pasukan perisik kami akan siasat dahulu dan akan siarkan dalam siri-siri berikutnya selepas ini. Kepada yang inginkan maklumat-maklumat kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut, disini kami paparkan.

(Klik gambar untuk besarkan)





Friday, July 9, 2010

Skandal Pegawai Kewangan Negeri - Siri 1



Kami menerima satu dokumen kerajaan negeri Selangor seperti gambar di atas beberapa minggu yang lepas (Klik gambar untuk besarkan). Dokumen tersebut diterima daripada beberapa orang kontraktor yang mendakwa mereka telah dianiaya oleh kerajaan negeri Selangor. Ianya adalah berkenaan satu projek penyelenggaraan parit dan longkang di kawasan MPSJ yang melibatkan kos berjumlah 3 juta dibawah peruntukan MARRIS dan membabitkan perlantikan kontraktor sebanyak 27 syarikat (masing-masing akan memperolehi lebih 100 ribu untuk tempoh setahun).

Sekali tengok macam surat biasa dan tidak ada apa-apa isu berbangkit. Tetapi apabila pihak kami menyiasat lebih lanjut, ianya ternyata menyerlahkan penyelewengan dan salahguana kuasa melibatkan pentadbiran tertinggi kerajaan negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Subang Jaya yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah kerajaan yang diwar-warkan sebagai telus dan berintegriti.



Surat ini juga menyerlahkan begitu rakus dan berkuasanya seorang Pegawai Kewangan Negeri yang bernama DATO’ MOHD ARIF ABDUL RAHMAN (seperti dalam gambar di atas) sehingga keputusan boleh dibuat oleh beliau sendiri dengan membelakangkan peraturan yang ada. Mungkin juga Dato Arif masih mengelamun teringat kerajaan yang lama yang pernah memberi beliau kuasa penuh untuk menyusun senarai kontraktor peribadi yang beliau rasa “layak” dan mampu memberi pulangan lumayan entah kepada siapa.

Mengikut maklumat yang kami dapat, senarai kontraktor untuk melakukan kerja tersebut telah dibuat oleh seorang pegawai yang tidak kurang hebatnya di MPSJ iaitu Puan AZURA. Yang lebih sensasinya pula, si Azura ni memang agak rapat dengan Dato Arif kerana Dato Arif pernah menjadi bos beliau sewaktu Dato Arif menjadi YDP MPSJ suatu ketika dahulu. Bagi Azura, Dato Arif lah bos beliau dulu kini dan selamanya. Entah apalah agaknya kesefahaman antara mereka berdua.

Setelah senarai kontraktor tersebut diserahkan kepada Dato Arif oleh MPSJ (Azura), beliau dengan segera meluluskannya melalui surat tersebut.

Soalan kami :
-apakah sebenarnya prosedur perlantikan kontraktor tersebut?
-siapakah yang bertanggungjawab memilih senarai kontraktor tersebut?
-apakah Dato Arif berkuasa penuh meluluskan permohonan tersebut tanpa perlu merujuk kepada mana-mana pihak terlebih dahulu?
-siapakah EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang terlibat dalam pemilihan kontraktor ini?
-adakah EXCO yang berkenaan terlibat juga dengan skandal ini?

Dalam isi kandungan surat kelulusan yang dikeluarkan oleh Dato Arif tersebut, ada dua isu yang perlu diberi perhatian serius yang secara terang telah menyalahi peraturan Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor yang Dato Arif sendiri menandatanganinya sebagai pegawai kewangan negeri.

1.Perlantikan Kontraktor Secara Lantikan Terus

Agak menghairankan bagaimana Dato Arif sebagai pegawai kewangan negeri begitu jahil sehingga bertindak meluluskan perlantikan kontraktor tersebut secara lantikan terus. Mungkin juga nafsu serakah menenggelamkan akal waras beliau.

Kerajaan Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi telah mengumumkan bahawa sudah tidak ada lagi perlantikan kontraktor secara terus boleh dilakukan bagi membezakan kerajaan baru dengan kerajaan dulu. Semuanya akan dibuat secara tender terbuka. Perkara tersebut telah menjadi rasmi apabila diwartakan di dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor seperti berikut;






2. Kontraktor tidak berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN)

Setelah disemak daripada senarai 27 kontraktor yang diluluskan tersebut, hanya 6 kontraktor sahaja yang berdaftar dengan pihak UPEN sedangkan berdasarkan kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor, “semua perolehan Kerajaan Negeri hendaklah menggunakan senarai kontraktor yang berdaftar dengan UPEN” sahaja.

Jadi, berdasarkan kepada 2 isu yang disebutkan di atas, amat jelas Dato’ Arif telah melakukan satu jenayah penyalahgunaan kuasa dan perlu di ambil tindakan oleh pihak berwajib dengan segera.

Kerajaan negeri Selangor dan SPRM perlu menangani isu ini dengan segera. Kami mendapat maklumat daripada “bahagian perisikan” kami bahawa pihak SPRM telahpun memulakan siasatan mereka terhadap kes ini.

Dato’ Arif bukan calang-calang orang. Kami harap SPRM tidak sama dengan BPR dulu. Kalau dulu sewaktu beliau bertugas di pejabat daerah Sepang, kes beliau menipu berkenaan pembelian kereta perdana milik peribadi telah di senyapkan gara-gara “hubungan” beliau yang agak istimewa dengan pihak BPR. Sekarang pun kami tahu yang Dato Arif masih ada hubungan istimewa dengan beberapa orang pegawai SPRM di Selangor dan di Ibu Pejabat. Tetapi kami masih menaruh keyakinan bahawa imej SPRM sudah jauh berubah dibandingkan dengan BPR dahulu. Semoga kayakinan kami tidak didustakan. Kami akan melihat dengan dekat sejauh mana kes ini berjalan.

Kepada sesiapa yang belum mengenali Dato Arif….tunggu!! Kami ada banyak lagi cerita menarik mengenai beliau untuk dikongsi bersama.