Thursday, June 16, 2011

Skandal Pegawai Kewangan Negeri Siri 6 – Salahguna Kenderaan Rasmi

Dato arif memang tidak pernah serik dan besar kepala. Beliau tak pernah takut untuk melanggar apa juga peraturan yang ada. Semuanya gara-gara hubungan beliau yang amat baik dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan. Sudah banyak kes salahlaku beliau didedahkan dan sampai ke pengetahuan KSN, tetapi Tan Sri Sidek masih berdolak dalih dalam mengambil tindakan terhadap dato arif walaupun sudah terdapat desakan yang kuat untuk berbuat demikian demi menjaga profesionalisme dan integriti kakitangan kerajaan atau penjawat awam.

Pada mulanya kami ingin berhenti daripada menyelongkar dan mendedahkan banyak lagi kes salah laku dato arif di dalam blog ini, tetapi memandangkan tiada tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan terutamanya KSN dan SPRM, maka kami mengambil keputusan untuk meneruskan siri-siri pendedahan kes salah laku dato arif di dalam blog ini sehinggalah tindakan sewajarnya dikenakan kepada dato arif yang begitu kebal itu.

Kami mendapat maklumat bahawa Sidek Hasan amat sensitif dengan kes salahguna kenderaan rasmi untuk tujuan peribadi. Diberitakan bahawa Sidek pernah beberapa kali mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang didapati menyalahgunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk tujuan peribadi.

Untuk pengetahuan Tan Sri Sidek, kawan baik tan sri iaitu dato arif ini sebenarnya lagi hebat dalam menyalahgunakan penggunaan kenderaan rasmi kerajaan.

Sebagai pegawai kewangan negeri Selangor, beliau telah diberikan sebuah kenderaan rasmi iaitu Toyota Camry yang mempunyai no pendaftaraan BKF 3000.


Sepatutnya kenderaan rasmi hendaklah digunakan untuk menjalankan segala urusan kerja beliau selaku pegawai kewangan negeri. Tetapi apa yang berlaku beliau telah menggunakan kereta tersebut seolah-olah macam kereta peribadi beliau.

Yang paling ketara, Dato arif dengan selambanya telah menggunakan kereta rasmi kerajaan tersebut untuk menghantar dan mengambil anak beliau yang bernama Nur Izzati dari sekolahnya di USJ4. Rutinnya, setiap pagi pemandu akan mengambil Nur Izzati pergi ke sekolah sebelum mengambil beliau untuk ke pejabat. Kemudian pada waktu tengah hari, pemandu akan datang semula ke sekolah tersebut untuk mengambil anaknya pulang ke rumah. Kadangkala, sekiranya dato arif ada urusan diluar, beliau akan mengarahkan kereta pejabat yang lain digunakan untuk mengambil dan menghantar anaknya. Hinggakan pemandu-pemandu dipejabat beliau sudah maklum tentang perkara tersebut dan masing-masing sudah standby dengan kereta masing-masing.

Peruntukan manakah yang dato arif guna untuk membolehkan beliau menggunakan semua kenderaan rasmi tersebut untuk urusan peribadi beliau???

Kami harap dato arif dan tan sri sidek ada jawapannya. Kalau tan sri sidek tak percaya, pergilah siasat. Kalau malas juga nak siasat, ini gambarnya sebagai bukti.




Kami harap tan sri sidek akan ambil tindakan sewajarnya ke atas dato arif untuk menjaga integrity dan profesianalisme penjawat awam. Kalau tan sri sidek taknak ambil tindakan juga, kami dedahkan satu lagi kes salahguna kenderaan oleh dato arif.

Untuk pengetahuan semua, dato arif adalah Non Execituve Chairman untuk sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Worldwide Holding. Sebagai non-executive chairman, dato arif sepatutnya tidak berhak untuk mendapat kenderaan kerana tidak ada peruntukan tersebut dalam syarikat worldwide. Tetapi setelah diminta oleh dato arif, syarikat worldwide terpaksa memperuntukkan sebuah kenderaan rasmi untuk beliau. Asalnya mereka ingin membeli kereta Toyota Camry, tetapi dato arif tak berkenan. Beliau telah minta pihak syarikat belikan kereta Honda Accord untuk beliau. Maka terpaksalah syarikat worldwide mengikut kehendak dato arif. Kereta Honda Accord tersebut berwarna silver metallic dan mempunyai no pendaftaran BGR 999.

Apa yang paling dikesalkan, kereta tersebut bukannya beliau yang gunakan, tetapi dihadiahkannya pula kepada isteri beliau Datin Hajjah Rohani Mustaffa.


Datin Rohani adalah pengetua Sekolah Men Keb Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam. Beliaulah yang menggunakan kenderaan tersebut untuk pergi ke sekolah setiap hari, seolah-olah dah jadi macam harta mak bapak mereka.

Semua pihak disekolah tersebut samada guru-guru, kakitangan, pelajar-pelajar dan pengawal keselamatan telah anggap kereta tersebut adalah kereta peribadi pengetua, tanpa mereka sedari bahawa kereta tersebut sebenarnya adalah hakmilik anak syarikat kerajaan negeri yang sepatutnya digunakan oleh suami beliau tetapi telah disalahgunakan.

Untungnya datin rohani kerana boleh pakai kereta percuma – minyak percuma, kos penyelenggaraan percuma, servis pun percuma kerana semuanya ditanggung oleh anak syarikat kerajaan negeri tersebut.

Kalaulah ini juga bukan satu kesalahan, kami dah tak tahu apa lagi yang nak dicakapkan.

Sebagai rujukan mudah untuk sidek hasan, SPRM dan pihak-pihak yang berkenaan di sini kami paparkan pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA sendiri berkenaan salahguna kenderaan rasmi kerajaan. Kalau tindakan tidak juga dikenakan terhadap dato arif di atas kesalahan ini, maka Sidek Hassan adalah Ketua Setiausaha Negara yang paling bacul dalam sejarah Negara.