Tuesday, July 3, 2012

KESALAHAN DATO MOHD ARIF ABDUL RAHMAN SEBAGAI PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SELANGOR YANG PERLU DISIASAT SEGERA OLEH PIHAK SPRM


1. Perlantikan 27 kontraktor untuk kerja-kerja penyelenggaraan parit dan longkang di kawasan MPSJ yang melibatkan kos berjumlah 3 juta di bawah peruntukan MARRIS. Perlantikan kontraktor tersebut dibuat secara lantikan terus dan tanpa mendaftar dengan pihak UPEN. Ianya bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor yang telah diwartakan. Beliau dikatakan telah berpakat dengan pegawai kanan MPSJ yang bernama Puan Azura untuk memastikan senarai kontraktor yang dilantik itu adalah terdiri dari kroni dan kenalan rapat mereka.

2. Berbelanja mewah untuk pergi bercuti keluar negara sebanyak 6 kali setahun dengan kos melebihi RM250,000-00 yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri. Untuk tahun 2011, enam anak syarikat yang terlibat ialah PKNS, PNSB, Worldwide Holdings, Selaman Sdn. Bhd., Sentral Spektrum dan KDEB. Setiap anak syarikat membayar lebih RM45,000-00 ribu untuk setiap percutian beliau. Maklumat yang diperolehi, beliau telah menyalahgunakan peruntukan percutian tersebut untuk membawa kawan-kawan rapat beliau bersama termasuk untuk bermain golf di beberapa destinasi luar negara sedangkan peruntukan yang diberikan seharusnya hanya boleh digunakan untuk membawa isteri sahaja.

3. Tidak pernah menggunakan khidmat Selangor Tourism untuk setiap urusan kunjungan ke luar negara. Sedangkan kesemua urusan kunjungan keluar negara oleh kerajaan negeri mestilah diuruskan oleh Selangor Tourism yang merupakan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Sebaliknya beliau hanya menggunakan satu syarikat swasta iaitu TRI-D Travels & Tours untuk setiap tuntutan kos beliau keluar negara. Adalah dipercayai beliau mempunyai kenalan rapat di syarikat swasta tersebut dan beliau mendapat bayaran komisyen daripada syarikat tersebut.

4. Setiap bulan beliau akan menuntut kos bermain golf yang dianggarkan sebanyak 6-7 ribu sebulan kepada syarikat Worldwide Holdings Bhd. Ini adalah tindakan salahguna kuasa beliau selaku Pegerusi Bukan Eksekutif syarikat tersebut yang sepatutnya tidak layak untuk membuat tuntutan sedemikian.

5. Menggunakan kenderaan rasmi beliau untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Ini bertentangan dengan Peraturan 4(2)(c)(ii) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

6. Sebagai Non-Executive Chairman kepada Worldwide Holdings Bhd beliau telah meminta sebuah kenderaan rasmi untuk beliau walaupun tiada dalam peruntukan syarikat. Lembaga pengarah terpaksa meluluskan pembelian Toyota Camry tersebut atas arahan beliau. Tetapi kemudiannya beliau tidak berkenan dengan pembelian kereta Toyota Camry, sebaliknya beliau inginkan Honda Accord. Kereta tersebut yang mempunyai plat no BGR 999 sekarang ini diberikan kepada isteri beliau untuk tujuan penggunaan peribadi berulang alik ke Sekolah Men Keb Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam.

7. Jumlah pendapatan bulanan beliau dianggarkan melebihi RM100,000-00 sebulan. Jumlah cukai pendapatan yang dibayar oleh beliau sahaja sudah melebihi 70 ribu. Ini adalah jumlah pendapatan yang luar biasa bagi seorang penjawat awam. Mengikut peraturan, seorang penjawat awam tidak dibolehkan menerima elaun melebihi daripada jumlah gaji yang diperolehinya.

8. Mampu memiliki kereta-kereta mewah yang kebiasaannya mustahil dimiliki oleh pegawai kerajaan seperti beliau. Antara kereta mewah yang beliau miliki ialah Cooper-S yang berharga lebih 200 ribu dan Audi Q5 yang berharga lebih 400 ribu. Siasatan perlu dijalankan bagaimana beliau mampu membeli kereta-kereta mewah tersebut.

9. Beliau dikatakan sentiasa meminta komisyen sebanyak RM50 ribu kepada Kelab Golf Seri Selangor setiap kali kejohanan Selangor Masters diadakan di situ yang ditaja oleh Worldwide Holdings Bhd. Pembayaran komisyen tersebut dilakukan secara tunai kepada beliau oleh pegawai akaun di kelab golf tersebut.





No comments:

Post a Comment