Sunday, July 18, 2010

Skandal Pegawai Kewangan Negeri Selangor - SIRI 2



Nampaknya kesan pendedahan penyelewengan Dato arif dalam SIRI 1 begitu mengejutkan. Pelbagai pihak memberi respons yang positif. Ada yang memberi maklumat tambahan, ada yang memberi maklumat baru dan ada juga yang ingin penjelasan lanjut. Nampak jelas yang dato arif ini lebih banyak musuh daripada kawan. Dia perasan yang dia disukai oleh semua orang tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

Kami tahu dato Arif sedaya upaya cuba menyekat penyebaran blog ini sebaik sahaja pihak kami mengeluarkan SIRI 1. Dia telah mengarahkan pakar IT daripada SUK Selangor untuk menyekat blog ini daripada dapat dilihat oleh seluruh kakitangan kerajaan negeri selangor. Kami juga tahu pakar IT yang menjadi anjing suruhan Dato Arif cuba mengganggu blog kami dengan beberapa kali berusaha untuk menggodam blog kami. Tetapi jangan risau, kalaupun blog ini digodam, kami boleh buat berpuluh lagi blog yang baru. Pokoknya, nafsu serakah dan agenda busuk dato arif mesti terus didedahkan.

Dalam sidang Dun selangor baru-baru ini, nampaknya dato Arif tidak senang duduk. Beliau jarang-jarang kelihatan di dalam dewan. Asyik berlari cuba mengelakkan diri daripada disoal oleh wartawan.

Kami sanjung keberanian ADUN Kampung Tunku, YB Lau Weng San daripada DAP yang begitu berani mendedahkan penyelewengan kuasa dato arif di dalam Dewan. Beliau suruh siasat penyelewengan pagawai kewangan negeri dan bertanya soalan kepada MB samada tender secara rundingan terus masih diamalkan dinegeri selangor. Kelihatan YB Azmin meleretkan matanya ke arah dato arif pada ketika itu. Apakah hubungan mereka pula? Tunggu…kami akan dedahkan dalam siri yang lain. Yang pentingnya MB selangor telah menegaskan dalam jawapan beliau bahawa sudah tidak ada lagi rundingan terus boleh dilakukan di selangor sejak Pakatan Rakyat memerintah.

Kami juga menyanjung tinggi tindakan pemuda Pas Selangor yang berani menyerahkan memorandum kepada MB selangor dan Pengerusi Selcat ketika sidang dun berlangsung, meminta supaya pihak kerajaan negeri selangor menyiasat penyelewengan dato arif tersebut. Sekiranya tidak ada respons yang positif daripada kerajaan selangor, mereka berjanji untuk melaporkan kepada pihak polis dan sprm. Ini adalah satu perkembangan yang positif dalam usaha nak menyelamatkan selangor daripada agenda rakus dato arif dan kuncu-kuncu beliau.

Kami seterusnya berbangga dengan tindakan proaktif KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) yang telah bertindak mengarahkan dato arif mengadap beliau pada minggu lepas selepas pihak kami mendedahkan penyelewengan dato arif dalam SIRI 1. Kami harap ada tindakan tegas dapat dilakukan oleh beiau demi menjaga integriti perkhidmatan awam dinegara kita.

Akhirnya, kepada mereka yang memberi maklumat baru kepada kami berkenaan dato arif, pasukan perisik kami akan siasat dahulu dan akan siarkan dalam siri-siri berikutnya selepas ini. Kepada yang inginkan maklumat-maklumat kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut, disini kami paparkan.

(Klik gambar untuk besarkan)





2 comments:

  1. akuk dengar2 Dato' Ariff nih dua pupu dengan siKhalid@MB Gagap...sebab tu dia beraja dimata bertakhta dikening...jadi proksi Azmin lak tu...sebab tu Dato' Hassan Ali kena belasah dengan Azmin waktu sidang DUN sebab Pemuda Pas hantar memo bantahan

    ReplyDelete
  2. agak2 bila lak blog kau orang ni nak dedahkan lak skandal Yayasan Selangor dibawah Ilham Marzuki (anak saudara Puan Seri ) yg tak tahu adab asyik nk maki hamun orang...10 tahun menganggur jadi GM Yayasan JUSA B lak tu...sikhalid ingat selangor ni negeri mak bapak dia...geram betul aku..rasa2 nak je kena sumpit..PTUIH!!!! PTUIH!!!!

    ReplyDelete