Tuesday, July 3, 2012

KESALAHAN DATO MOHD ARIF ABDUL RAHMAN SEBAGAI PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SELANGOR YANG PERLU DISIASAT SEGERA OLEH PIHAK SPRM


1. Perlantikan 27 kontraktor untuk kerja-kerja penyelenggaraan parit dan longkang di kawasan MPSJ yang melibatkan kos berjumlah 3 juta di bawah peruntukan MARRIS. Perlantikan kontraktor tersebut dibuat secara lantikan terus dan tanpa mendaftar dengan pihak UPEN. Ianya bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor yang telah diwartakan. Beliau dikatakan telah berpakat dengan pegawai kanan MPSJ yang bernama Puan Azura untuk memastikan senarai kontraktor yang dilantik itu adalah terdiri dari kroni dan kenalan rapat mereka.

2. Berbelanja mewah untuk pergi bercuti keluar negara sebanyak 6 kali setahun dengan kos melebihi RM250,000-00 yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri. Untuk tahun 2011, enam anak syarikat yang terlibat ialah PKNS, PNSB, Worldwide Holdings, Selaman Sdn. Bhd., Sentral Spektrum dan KDEB. Setiap anak syarikat membayar lebih RM45,000-00 ribu untuk setiap percutian beliau. Maklumat yang diperolehi, beliau telah menyalahgunakan peruntukan percutian tersebut untuk membawa kawan-kawan rapat beliau bersama termasuk untuk bermain golf di beberapa destinasi luar negara sedangkan peruntukan yang diberikan seharusnya hanya boleh digunakan untuk membawa isteri sahaja.

3. Tidak pernah menggunakan khidmat Selangor Tourism untuk setiap urusan kunjungan ke luar negara. Sedangkan kesemua urusan kunjungan keluar negara oleh kerajaan negeri mestilah diuruskan oleh Selangor Tourism yang merupakan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Sebaliknya beliau hanya menggunakan satu syarikat swasta iaitu TRI-D Travels & Tours untuk setiap tuntutan kos beliau keluar negara. Adalah dipercayai beliau mempunyai kenalan rapat di syarikat swasta tersebut dan beliau mendapat bayaran komisyen daripada syarikat tersebut.

4. Setiap bulan beliau akan menuntut kos bermain golf yang dianggarkan sebanyak 6-7 ribu sebulan kepada syarikat Worldwide Holdings Bhd. Ini adalah tindakan salahguna kuasa beliau selaku Pegerusi Bukan Eksekutif syarikat tersebut yang sepatutnya tidak layak untuk membuat tuntutan sedemikian.

5. Menggunakan kenderaan rasmi beliau untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Ini bertentangan dengan Peraturan 4(2)(c)(ii) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

6. Sebagai Non-Executive Chairman kepada Worldwide Holdings Bhd beliau telah meminta sebuah kenderaan rasmi untuk beliau walaupun tiada dalam peruntukan syarikat. Lembaga pengarah terpaksa meluluskan pembelian Toyota Camry tersebut atas arahan beliau. Tetapi kemudiannya beliau tidak berkenan dengan pembelian kereta Toyota Camry, sebaliknya beliau inginkan Honda Accord. Kereta tersebut yang mempunyai plat no BGR 999 sekarang ini diberikan kepada isteri beliau untuk tujuan penggunaan peribadi berulang alik ke Sekolah Men Keb Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam.

7. Jumlah pendapatan bulanan beliau dianggarkan melebihi RM100,000-00 sebulan. Jumlah cukai pendapatan yang dibayar oleh beliau sahaja sudah melebihi 70 ribu. Ini adalah jumlah pendapatan yang luar biasa bagi seorang penjawat awam. Mengikut peraturan, seorang penjawat awam tidak dibolehkan menerima elaun melebihi daripada jumlah gaji yang diperolehinya.

8. Mampu memiliki kereta-kereta mewah yang kebiasaannya mustahil dimiliki oleh pegawai kerajaan seperti beliau. Antara kereta mewah yang beliau miliki ialah Cooper-S yang berharga lebih 200 ribu dan Audi Q5 yang berharga lebih 400 ribu. Siasatan perlu dijalankan bagaimana beliau mampu membeli kereta-kereta mewah tersebut.

9. Beliau dikatakan sentiasa meminta komisyen sebanyak RM50 ribu kepada Kelab Golf Seri Selangor setiap kali kejohanan Selangor Masters diadakan di situ yang ditaja oleh Worldwide Holdings Bhd. Pembayaran komisyen tersebut dilakukan secara tunai kepada beliau oleh pegawai akaun di kelab golf tersebut.





Senarai Tuntutan Elaun Perjalanan Dato Arif Untuk Tahun 2011

Wednesday, April 4, 2012

Hasan Ali Dedah Penyelewengan Pegawai Kewangan Negeri Selangor

KESALAHAN DATO MOHD ARIF ABDUL RAHMAN SEBAGAI PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SELANGOR




1. Perlantikan 27 kontraktor untuk kerja-kerja penyelenggaraan parit dan longkang di kawasan MPSJ yang melibatkan kos berjumlah 3 juta di bawah peruntukan MARRIS. Perlantikan kontraktor tersebut dibuat secara lantikan terus dan tanpa mendaftar dengan pihak UPEN. Ianya bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor yang telah diwartakan.

2. Berbelanja mewah untuk pergi bercuti keluar negara sebanyak 6 kali setahun dengan kos melebihi RM250,000-00 yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri. Untuk tahun 2011, enam anak syarikat yang terlibat ialah PKNS, PNSB, Worldwide Holdings, Selaman Sdn. Bhd., Sentral Spektrum dan KDEB. Setiap anak syarikat membayar lebih RM45,000-00 ribu untuk setiap percutian beliau.

3. Tidak pernah menggunakan khidmat Selangor Tourism untuk setiap urusan kunjungan ke luar negara. Sedangkan kesemua urusan kunjungan keluar negara oleh kerajaan negeri mestilah diuruskan oleh Selangor Tourism yang merupakan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Sebaliknya beliau hanya menggunakan satu syarikat swasta iaitu TRI-D Travels & Tours untuk setiap tuntutan kos beliau keluar negara.

4. Setiap bulan beliau akan menuntut kos bermain golf yang dianggarkan sebanyak 6-7 ribu sebulan kepada syarikat Worldwide Holdings Bhd.

5. Menggunakan kenderaan rasmi beliau untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah.

6. Sebagai Non-Executive Chairman kepada Worldwide Holdings Bhd beliau telah meminta sebuah kenderaan rasmi untuk beliau walaupun tiada dalam peruntukan syarikat. Lembaga pengarah meluluskan pembelian Toyota Camry. Tetapi beliau tidak bersetuju sebaliknya beliau inginkan Honda Accord. Kereta tersebut sekarang ini diberikan kepada isteri beliau untuk tujuan penggunaan peribadi.

7. Jumlah pendapatan bulanan beliau dianggarkan melebihi RM100,000-00 sebulan. Jumlah cukai pendapatan yang dibayar oleh beliau sahaja sudah melebihi 70 ribu. Ini adalah jumlah pendapatan yang luar biasa bagi seorang penjawat awam.

8. Memiliki kereta-kereta mewah yang kebiasaannya mustahil dimiliki oleh pegawai kerajaan seperti beliau. Antara kereta mewah yang beliau miliki ialah Cooper-S yang berharga lebih 200 ribu dan Audi Q5 yang berharga lebih 400 ribu.

9. Meminta komisyen sebanyak RM50 ribu kepada Kelab Golf Seri Selangor setiap kali kejohanan Selangor Masters diadakan di situ yang ditaja oleh Worldwide Holdings Bhd.

10. Beliau berpakat dengan YB Azmin untuk mengaut kekayaan Selangor bagi tujuan peribadi dan membantu mengumpul dana politik pilihanraya untuk PKR dan Pakatan.

Thursday, June 16, 2011

Skandal Pegawai Kewangan Negeri Siri 6 – Salahguna Kenderaan Rasmi

Dato arif memang tidak pernah serik dan besar kepala. Beliau tak pernah takut untuk melanggar apa juga peraturan yang ada. Semuanya gara-gara hubungan beliau yang amat baik dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan. Sudah banyak kes salahlaku beliau didedahkan dan sampai ke pengetahuan KSN, tetapi Tan Sri Sidek masih berdolak dalih dalam mengambil tindakan terhadap dato arif walaupun sudah terdapat desakan yang kuat untuk berbuat demikian demi menjaga profesionalisme dan integriti kakitangan kerajaan atau penjawat awam.

Pada mulanya kami ingin berhenti daripada menyelongkar dan mendedahkan banyak lagi kes salah laku dato arif di dalam blog ini, tetapi memandangkan tiada tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan terutamanya KSN dan SPRM, maka kami mengambil keputusan untuk meneruskan siri-siri pendedahan kes salah laku dato arif di dalam blog ini sehinggalah tindakan sewajarnya dikenakan kepada dato arif yang begitu kebal itu.

Kami mendapat maklumat bahawa Sidek Hasan amat sensitif dengan kes salahguna kenderaan rasmi untuk tujuan peribadi. Diberitakan bahawa Sidek pernah beberapa kali mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang didapati menyalahgunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk tujuan peribadi.

Untuk pengetahuan Tan Sri Sidek, kawan baik tan sri iaitu dato arif ini sebenarnya lagi hebat dalam menyalahgunakan penggunaan kenderaan rasmi kerajaan.

Sebagai pegawai kewangan negeri Selangor, beliau telah diberikan sebuah kenderaan rasmi iaitu Toyota Camry yang mempunyai no pendaftaraan BKF 3000.


Sepatutnya kenderaan rasmi hendaklah digunakan untuk menjalankan segala urusan kerja beliau selaku pegawai kewangan negeri. Tetapi apa yang berlaku beliau telah menggunakan kereta tersebut seolah-olah macam kereta peribadi beliau.

Yang paling ketara, Dato arif dengan selambanya telah menggunakan kereta rasmi kerajaan tersebut untuk menghantar dan mengambil anak beliau yang bernama Nur Izzati dari sekolahnya di USJ4. Rutinnya, setiap pagi pemandu akan mengambil Nur Izzati pergi ke sekolah sebelum mengambil beliau untuk ke pejabat. Kemudian pada waktu tengah hari, pemandu akan datang semula ke sekolah tersebut untuk mengambil anaknya pulang ke rumah. Kadangkala, sekiranya dato arif ada urusan diluar, beliau akan mengarahkan kereta pejabat yang lain digunakan untuk mengambil dan menghantar anaknya. Hinggakan pemandu-pemandu dipejabat beliau sudah maklum tentang perkara tersebut dan masing-masing sudah standby dengan kereta masing-masing.

Peruntukan manakah yang dato arif guna untuk membolehkan beliau menggunakan semua kenderaan rasmi tersebut untuk urusan peribadi beliau???

Kami harap dato arif dan tan sri sidek ada jawapannya. Kalau tan sri sidek tak percaya, pergilah siasat. Kalau malas juga nak siasat, ini gambarnya sebagai bukti.




Kami harap tan sri sidek akan ambil tindakan sewajarnya ke atas dato arif untuk menjaga integrity dan profesianalisme penjawat awam. Kalau tan sri sidek taknak ambil tindakan juga, kami dedahkan satu lagi kes salahguna kenderaan oleh dato arif.

Untuk pengetahuan semua, dato arif adalah Non Execituve Chairman untuk sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Worldwide Holding. Sebagai non-executive chairman, dato arif sepatutnya tidak berhak untuk mendapat kenderaan kerana tidak ada peruntukan tersebut dalam syarikat worldwide. Tetapi setelah diminta oleh dato arif, syarikat worldwide terpaksa memperuntukkan sebuah kenderaan rasmi untuk beliau. Asalnya mereka ingin membeli kereta Toyota Camry, tetapi dato arif tak berkenan. Beliau telah minta pihak syarikat belikan kereta Honda Accord untuk beliau. Maka terpaksalah syarikat worldwide mengikut kehendak dato arif. Kereta Honda Accord tersebut berwarna silver metallic dan mempunyai no pendaftaran BGR 999.

Apa yang paling dikesalkan, kereta tersebut bukannya beliau yang gunakan, tetapi dihadiahkannya pula kepada isteri beliau Datin Hajjah Rohani Mustaffa.


Datin Rohani adalah pengetua Sekolah Men Keb Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam. Beliaulah yang menggunakan kenderaan tersebut untuk pergi ke sekolah setiap hari, seolah-olah dah jadi macam harta mak bapak mereka.

Semua pihak disekolah tersebut samada guru-guru, kakitangan, pelajar-pelajar dan pengawal keselamatan telah anggap kereta tersebut adalah kereta peribadi pengetua, tanpa mereka sedari bahawa kereta tersebut sebenarnya adalah hakmilik anak syarikat kerajaan negeri yang sepatutnya digunakan oleh suami beliau tetapi telah disalahgunakan.

Untungnya datin rohani kerana boleh pakai kereta percuma – minyak percuma, kos penyelenggaraan percuma, servis pun percuma kerana semuanya ditanggung oleh anak syarikat kerajaan negeri tersebut.

Kalaulah ini juga bukan satu kesalahan, kami dah tak tahu apa lagi yang nak dicakapkan.

Sebagai rujukan mudah untuk sidek hasan, SPRM dan pihak-pihak yang berkenaan di sini kami paparkan pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA sendiri berkenaan salahguna kenderaan rasmi kerajaan. Kalau tindakan tidak juga dikenakan terhadap dato arif di atas kesalahan ini, maka Sidek Hassan adalah Ketua Setiausaha Negara yang paling bacul dalam sejarah Negara.

Thursday, October 21, 2010

Skandal Pegawai Kewangan Negeri - Siri 5


Agak lama kami menyepi. Sepi bukan bermakna kami diam. Tetapi aktif memerhatikan gelagat dato arif berhadapan dengan kes-kesnya. Aktif melihat profesionalisme JPA menangani isu beliau. Dan aktif juga memerhatikan cara SPRM Selangor mengendalikan kes beliau.

Tidak dinafikan dato arif begitu terkesan dengan beberapa siri pendedahan yang dibuat oleh skandalselangor.blogspot.com. Dalam bulan puasa yang lalu, kita dapat melihat beberapa keganjilan dalam tingkah laku dan tata kerja dato arif. Beliau kelihatan amat jarang menghadiri majlis-majlis rasmi berbuka puasa walaupun dihadiri oleh Tuanku Sultan Selangor seperti lazimnya. Dan kalau hadirpun kelihatan beliau tidak begitu selesa untuk bergaul dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang lain. Mungkin juga beliau baru menyedari yang beliau tidak punya ramai “teman sejati” dikalangan pegawai kerajaan.

Yang lebih memeranjatkan, beliau telah mengumumkan dihadapan kakitangan beliau pada bulan puasa yang lalu bahawa beliau tidak akan mengadakan rumah terbuka pada syawal tahun ini seperti lazimnya dan tidak ada lagi ‘duit raya’ daripada beliau kepada mereka semua. Rupa-rupanya dato arif sentiasa memberi duit raya kepada kakitangan beliau saban tahun sebanyak beberapa ratus ringgit seorang. Banyak juga duit dato arif rupanya – sehingga boleh memberi bonus sendiri kepada kakitangan beliau.

Bagi kami, pengumuman beliau itu tidaklah begitu menghairankan. Kerana beliau mungkin sudah dapat mengagak bahawa hayat beliau di Selangor sudah tidak panjang. Daripada beberapa siri pertemuan beliau dengan KPPA, dato arif sudah menghidu mungkin beliau akan di “pool” kan.

Namun begitu, orang seperti dato arif bukannya “kecik anak”. Otaknya bergeliga, langkahnya panjang dan tidak begitu mudah menyerah kalah. Sebab itulah sehinggga hari ini beliau tidak boleh di apa-apakan oleh SPRM terutamanya SPRM Selangor walaupun kesnya telah dilaporkan. Nampaknya memang sah pengarah SPRM Selangor adalah penakut dan mudah dibeli oleh dato arif. Namun tidak mengapa...kerana kami telah berjumpa dengan Pengarah SPRM negeri lain yang telah sanggup dan lebih berani untuk menyiasat kes beliau dalam masa yang terdekat.

Diantara kes lain selain daripada kes salahguna kuasa dato arif dalam perlantikan kontraktor untuk kerja-kerja MARIS, kami difahamkan bahawa isu penggunaan duit RM40 ribu yang sepatutnya digunakan untuk rumah terbuka juga akan disiasat. Sebagai Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Selangor beliau telah diberikan wang peruntukan sebanyak RM40 ribu untuk digunakan bagi tujuan mengadakan rumah terbuka sempena hari raya yang lalu, tetapi beliau didapati tidak menggunakan bagi tujuan tersebut tetapi untuk tujuan yang lain.

Agak melucukan apabila pada hari terakhir syawal, dato arif tiba-tiba seperti terdesak mengadakan satu majlis rumah terbuka TAPI TERTUTUP untuk kakitangannya sahaja. Dan dalam majlis tersebut beliau mengumumkan bagaimana beliau membelanjakan duit RM40ribu tersebut. Walau apapun alasan dato arif, kami ada bukti bahawa majlis tersebut diambil daripada duit kelab kakitangan dan bukannya daripada peruntukan 40ribu kerajaan negeri. Yang pastinya duit peruntukan daripada kerajaan negeri RM40ribu untuk tujuan rumah terbuka sempena hari raya telah disalahgunakan oleh dato arif bagi tujuan lain selain dari yang ditetapkan.

Kami juga mendapat maklum bahawa dato arif sudah mula menggerakkan langkah untuk cuba mempengaruhi Tuanku Sultan Selangor dalam isu jawatan beliau kerana Sultan sememangnya mempunyai peranan tertentu dalam menentukan jawatan pegawai tertinggi kerajaan negeri.

Beliau telah cuba mendapatkan pertolongan daripada “rakan baik” Sultan Selangor seperi Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir (Jojo) dan Dato Mohamad Salim Fakeh Din (Pengarah Urusan Kumpulan Gapurna) untuk cuba menasihat dan mempengaruhi Sultan Selangor dalam mengekalkan jawatan beliau di Selangor seterusnya menggantikan Dato Ramli sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Entah apalah pula yang dijanjikan dato arif kepada Jojo dan dato Salim sekiranya beliau menjadi SS nanti.

Walaubagaimanapun kami masih percaya dan yakin kepada profesionalisme dan kewibawaan Sultan Selangor dan kami tidak fikir yang baginda sebegitu mudah untuk “dibeli” dan dipengaruhi sehingga sanggup mencampuri urusan JPA dalam mempertahankan seorang pegawai tinggi kerajaan yang korup dan rasuah seperti dato arif.

Untuk siri berikutnya kami akan dedahkan campurtangan dato arif dalam beberapa syarikat anak kerajaan negeri Selangor dan apakah hubungan beliau dengan YB Azmin......tungguuuu...

Monday, August 9, 2010

Skandal Pegawai Kewangan Negeri - Siri 4


Sebelum kami mendedahkan isu lain yang berkaitan dengan dato Arif dan juga skandal-skandal lain di negeri Selangor, elok juga didedahkan sedikit lagi perkembangan dan juga sambungan daripada siri 1 dan Siri 2.

Seperti yang disebut sebelum ini, selepas keluarnya SIRI 1 dan SIRI 2, maka berbondong-bondonglah maklumat lanjut mengenai usaha jahat dato arif dan kuncu-kuncunya memenuhi kotak email blog kami. Maka akan bertambahlah lagi siri-siri skandal dato arif yang akan disiarkan di blog ini. Antaranya yang agak sensasi ialah hubungan dato arif dengan Pengurus Besar PKNS, Osman Omar. Tunggulah siri-siri yang berikutnya.

Berbalik kepada skandal salah laku dato arif melantik 27 kontraktor untuk kerja-kerja penyelenggaraan parit dan longkang di kawasan MPSJ, pihak kami menerima satu lagi maklumat yang agak mengejutkan.

Rupa-rupanya, Dato Adnan Ikshan, YDP MPSJ sendiri tidak tahu menahu tentang senarai kontraktor yang hendak dilantik itu. Surat yang dikeluarkan MPSJ kepada dato arif mulanya tidak mempunyai senarai penuh kontraktor yang hendak dilantik. Tetapi ianya disediakan dan dilampirkan kemudian oleh Puan Azura, orang suruhan peninggalan dato arif dalam MPSJ. Puan Azura sendiri yang menyediakan senarai nama kontraktor tersebut atas arahan dato arif. Cukup menghairankan bagaimana begitu licik dan berkuasanya Azura sehingga mampu mempengaruhi dan menguasai YDP MPSJ – mungkin ada ilmu yang di ajar dato arif kepadanya.

Dan yang lebih memeranjatkan, setelah disemak senarai nama 27 kontraktor yang dilantik itu, sebahagian besarnya adalah terdiri daripada nama-nama kontraktor yang sentiasa mendapat projek di MPSJ sejak daripada zaman dato arif menjadi YDP MPSJ lagi. Dan sebahagiannya lagi daripada senarai siapakah pula agaknya??? (yang ini kami akan dedahkan kemudian dalam siri khusus untuk individu tersebut)

Jadi, apakah kesimpulannya daripada fakta ini??? Kesimpulannya, tanyalah dato arif apa yang dia akan “dapat” dan apa yang dia sentiasa “dapat” selama ini.

Kalaulah semua fakta ini tidak disiasat secara telus oleh pihak SPRM Selangor dan tidak diambil tindakan yang sewajarnya, kami cadangkan agar Pengarah SPRM Selangor digantung tugas atau diminta letak jawatan. Lebih baik kes ini diambil alih oleh SPRM Putrajaya kerana dikhuatiri Pengarah SPRM Selangor dan sebahagian kakitangannya di Selangor mempunyai hubungan yang agak “istimewa” dengan dato arif yang telah begitu lama bermaharajalela di negeri Selangor.

Tuesday, July 27, 2010

Skandal Pegawai Kewangan Negeri - Siri 3


Kepada sesiapa yang belum begitu mengenali Dato Arif, di sini kami paparkan sedikit pengenalan mengenai beliau sebelum kita meneruskan siri pendedahan skandal beliau selanjutnya.

Nama penuh beliau ialah Mohd Arif Abdul Rahman. Memulakan pekerjaan beliau disektor perkhidmatan awam pada tahun 1980 sebagai pegawai tadbir diplomatik. Kemudian ditugaskan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Penolong Pengarah di Unit Penyelarasan Perlaksanaan. Setelah 10 tahun berkhidmat di JPM, beliau ditempatkan di Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor sebagai Ketua Penolong Setiausaha di unit penswastaan dan setinggan.

Dato Arif kemudiannya menjadi Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Kewangan salama 7tahun sebelum kembali dipindahkan ke negeri Selangor sebagai Ketua Penolong Pengarah yang menjaga bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Latihan dan Biasiswa.

Pada 2003 beliau menggantikan tempat Dato Abdul Karim Munisar sebagai YDP Majlis Perbandaran Sepang(MPSP). Setelah dua tahun di MPSP beliau kemudiannya dipindahkan ke Majlis Perbandaran Subang Jaya menggantikan tempat Datuk Abdul Hakim Borhan sebagai Yang DiPertua.

Sekarang jawatan yang sedang dinikmati oleh beliau adalah PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SELANGOR (PWN). Dan khabarnya sekarang ini, beliau sedang berusaha keras dan melobi sakan untuk mendapatkan jawatan SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR yang akan dikosongkan oleh Dato Ramli Mahmud yang akan bersara pada bila-bila masa.

Seterusnya kita melihat sedikit mengenai perwatakan dan personaliti beliau.
Mukanya agak manis berkulit gelap bermisai tebal laksana hero filem tamil. Sangat suka senyum terutamanya kepada kaum hawa. Suka berjenaka tetapi agak sensitif. Sangat suka menyanyi dan berkaraoke. Tapi tidak suka berceramah atau berpidato kerana beliau adalah seorang yang gagap.

Mempunyai citarasa yang sangat tinggi. Sangat suka membazir terutamanya untuk membeli barang-barang berjenama.(Rahsia bagaimana pegawai tinggi kerajaan seperti beliau boleh mendapat duit yang begitu banyak setiap bulan akan kita dedahkan selepas ini).

Tersangat suka main golf hingga boleh di katakan padang golf adalah rumah bini no. 2 beliau. Sangat pandai bermuka-muka. Tetapi sayangnya tidak berapa suka solat dan amat jarang pergi ke masjid.

Dato Arif juga adalah seorang ahli UMNO yang begitu rapat dengan mantan MB Selangor Dato Seri Khir Toyo sehingga sekarang. Beliau begitu kecewa apabila UMNO/BN kalah di Selangor. Beliaulah yang begitu setia menemani Khir Toyo di pejabat UMNO pada malam keputusan pilihanraya diumumkan (8 Mac, 2008) sehinggalah ke awal pagi.

Jadi, melihat kepada sejarah beliau dan kuasa yang beliau ada di negeri Selangor di campur dengan perwatakan dan persenolati yang disebutkan tadi, bayangkanlah apa yang beliau boleh dan berupaya untuk lakukan di negeri ini.

Kami akan dedahkan lagi apa yang Dato Arif telah lakukan supaya rakyat Selangor dan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor sedar siapa sebenarnya Dato Arif supaya kita tidak berterusan membela biawak hidup yang boleh menggugat imej kerajaan negeri Selangor.

Sunday, July 18, 2010

Skandal Pegawai Kewangan Negeri Selangor - SIRI 2



Nampaknya kesan pendedahan penyelewengan Dato arif dalam SIRI 1 begitu mengejutkan. Pelbagai pihak memberi respons yang positif. Ada yang memberi maklumat tambahan, ada yang memberi maklumat baru dan ada juga yang ingin penjelasan lanjut. Nampak jelas yang dato arif ini lebih banyak musuh daripada kawan. Dia perasan yang dia disukai oleh semua orang tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

Kami tahu dato Arif sedaya upaya cuba menyekat penyebaran blog ini sebaik sahaja pihak kami mengeluarkan SIRI 1. Dia telah mengarahkan pakar IT daripada SUK Selangor untuk menyekat blog ini daripada dapat dilihat oleh seluruh kakitangan kerajaan negeri selangor. Kami juga tahu pakar IT yang menjadi anjing suruhan Dato Arif cuba mengganggu blog kami dengan beberapa kali berusaha untuk menggodam blog kami. Tetapi jangan risau, kalaupun blog ini digodam, kami boleh buat berpuluh lagi blog yang baru. Pokoknya, nafsu serakah dan agenda busuk dato arif mesti terus didedahkan.

Dalam sidang Dun selangor baru-baru ini, nampaknya dato Arif tidak senang duduk. Beliau jarang-jarang kelihatan di dalam dewan. Asyik berlari cuba mengelakkan diri daripada disoal oleh wartawan.

Kami sanjung keberanian ADUN Kampung Tunku, YB Lau Weng San daripada DAP yang begitu berani mendedahkan penyelewengan kuasa dato arif di dalam Dewan. Beliau suruh siasat penyelewengan pagawai kewangan negeri dan bertanya soalan kepada MB samada tender secara rundingan terus masih diamalkan dinegeri selangor. Kelihatan YB Azmin meleretkan matanya ke arah dato arif pada ketika itu. Apakah hubungan mereka pula? Tunggu…kami akan dedahkan dalam siri yang lain. Yang pentingnya MB selangor telah menegaskan dalam jawapan beliau bahawa sudah tidak ada lagi rundingan terus boleh dilakukan di selangor sejak Pakatan Rakyat memerintah.

Kami juga menyanjung tinggi tindakan pemuda Pas Selangor yang berani menyerahkan memorandum kepada MB selangor dan Pengerusi Selcat ketika sidang dun berlangsung, meminta supaya pihak kerajaan negeri selangor menyiasat penyelewengan dato arif tersebut. Sekiranya tidak ada respons yang positif daripada kerajaan selangor, mereka berjanji untuk melaporkan kepada pihak polis dan sprm. Ini adalah satu perkembangan yang positif dalam usaha nak menyelamatkan selangor daripada agenda rakus dato arif dan kuncu-kuncu beliau.

Kami seterusnya berbangga dengan tindakan proaktif KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) yang telah bertindak mengarahkan dato arif mengadap beliau pada minggu lepas selepas pihak kami mendedahkan penyelewengan dato arif dalam SIRI 1. Kami harap ada tindakan tegas dapat dilakukan oleh beiau demi menjaga integriti perkhidmatan awam dinegara kita.

Akhirnya, kepada mereka yang memberi maklumat baru kepada kami berkenaan dato arif, pasukan perisik kami akan siasat dahulu dan akan siarkan dalam siri-siri berikutnya selepas ini. Kepada yang inginkan maklumat-maklumat kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut, disini kami paparkan.

(Klik gambar untuk besarkan)





Friday, July 9, 2010

Skandal Pegawai Kewangan Negeri - Siri 1



Kami menerima satu dokumen kerajaan negeri Selangor seperti gambar di atas beberapa minggu yang lepas (Klik gambar untuk besarkan). Dokumen tersebut diterima daripada beberapa orang kontraktor yang mendakwa mereka telah dianiaya oleh kerajaan negeri Selangor. Ianya adalah berkenaan satu projek penyelenggaraan parit dan longkang di kawasan MPSJ yang melibatkan kos berjumlah 3 juta dibawah peruntukan MARRIS dan membabitkan perlantikan kontraktor sebanyak 27 syarikat (masing-masing akan memperolehi lebih 100 ribu untuk tempoh setahun).

Sekali tengok macam surat biasa dan tidak ada apa-apa isu berbangkit. Tetapi apabila pihak kami menyiasat lebih lanjut, ianya ternyata menyerlahkan penyelewengan dan salahguana kuasa melibatkan pentadbiran tertinggi kerajaan negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Subang Jaya yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah kerajaan yang diwar-warkan sebagai telus dan berintegriti.



Surat ini juga menyerlahkan begitu rakus dan berkuasanya seorang Pegawai Kewangan Negeri yang bernama DATO’ MOHD ARIF ABDUL RAHMAN (seperti dalam gambar di atas) sehingga keputusan boleh dibuat oleh beliau sendiri dengan membelakangkan peraturan yang ada. Mungkin juga Dato Arif masih mengelamun teringat kerajaan yang lama yang pernah memberi beliau kuasa penuh untuk menyusun senarai kontraktor peribadi yang beliau rasa “layak” dan mampu memberi pulangan lumayan entah kepada siapa.

Mengikut maklumat yang kami dapat, senarai kontraktor untuk melakukan kerja tersebut telah dibuat oleh seorang pegawai yang tidak kurang hebatnya di MPSJ iaitu Puan AZURA. Yang lebih sensasinya pula, si Azura ni memang agak rapat dengan Dato Arif kerana Dato Arif pernah menjadi bos beliau sewaktu Dato Arif menjadi YDP MPSJ suatu ketika dahulu. Bagi Azura, Dato Arif lah bos beliau dulu kini dan selamanya. Entah apalah agaknya kesefahaman antara mereka berdua.

Setelah senarai kontraktor tersebut diserahkan kepada Dato Arif oleh MPSJ (Azura), beliau dengan segera meluluskannya melalui surat tersebut.

Soalan kami :
-apakah sebenarnya prosedur perlantikan kontraktor tersebut?
-siapakah yang bertanggungjawab memilih senarai kontraktor tersebut?
-apakah Dato Arif berkuasa penuh meluluskan permohonan tersebut tanpa perlu merujuk kepada mana-mana pihak terlebih dahulu?
-siapakah EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang terlibat dalam pemilihan kontraktor ini?
-adakah EXCO yang berkenaan terlibat juga dengan skandal ini?

Dalam isi kandungan surat kelulusan yang dikeluarkan oleh Dato Arif tersebut, ada dua isu yang perlu diberi perhatian serius yang secara terang telah menyalahi peraturan Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor yang Dato Arif sendiri menandatanganinya sebagai pegawai kewangan negeri.

1.Perlantikan Kontraktor Secara Lantikan Terus

Agak menghairankan bagaimana Dato Arif sebagai pegawai kewangan negeri begitu jahil sehingga bertindak meluluskan perlantikan kontraktor tersebut secara lantikan terus. Mungkin juga nafsu serakah menenggelamkan akal waras beliau.

Kerajaan Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi telah mengumumkan bahawa sudah tidak ada lagi perlantikan kontraktor secara terus boleh dilakukan bagi membezakan kerajaan baru dengan kerajaan dulu. Semuanya akan dibuat secara tender terbuka. Perkara tersebut telah menjadi rasmi apabila diwartakan di dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor seperti berikut;






2. Kontraktor tidak berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN)

Setelah disemak daripada senarai 27 kontraktor yang diluluskan tersebut, hanya 6 kontraktor sahaja yang berdaftar dengan pihak UPEN sedangkan berdasarkan kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor, “semua perolehan Kerajaan Negeri hendaklah menggunakan senarai kontraktor yang berdaftar dengan UPEN” sahaja.

Jadi, berdasarkan kepada 2 isu yang disebutkan di atas, amat jelas Dato’ Arif telah melakukan satu jenayah penyalahgunaan kuasa dan perlu di ambil tindakan oleh pihak berwajib dengan segera.

Kerajaan negeri Selangor dan SPRM perlu menangani isu ini dengan segera. Kami mendapat maklumat daripada “bahagian perisikan” kami bahawa pihak SPRM telahpun memulakan siasatan mereka terhadap kes ini.

Dato’ Arif bukan calang-calang orang. Kami harap SPRM tidak sama dengan BPR dulu. Kalau dulu sewaktu beliau bertugas di pejabat daerah Sepang, kes beliau menipu berkenaan pembelian kereta perdana milik peribadi telah di senyapkan gara-gara “hubungan” beliau yang agak istimewa dengan pihak BPR. Sekarang pun kami tahu yang Dato Arif masih ada hubungan istimewa dengan beberapa orang pegawai SPRM di Selangor dan di Ibu Pejabat. Tetapi kami masih menaruh keyakinan bahawa imej SPRM sudah jauh berubah dibandingkan dengan BPR dahulu. Semoga kayakinan kami tidak didustakan. Kami akan melihat dengan dekat sejauh mana kes ini berjalan.

Kepada sesiapa yang belum mengenali Dato Arif….tunggu!! Kami ada banyak lagi cerita menarik mengenai beliau untuk dikongsi bersama.

Tuesday, June 29, 2010

Skandal Selangor




Negeri Selangor tidak pernah sunyi daripada skandal. Entah badi apa yang melekat bagaikan mustahil untuk dibuang. Menteri Besar silih berganti, barisan EXCO silih berganti, pegawai kerajaan silih berganti, kerajaan negeri juga telah berganti, setiap yang datang akan ada skandal menunggu untuk membawanya pergi. Perempuan, wang dan kuasa tidak pernah sunyi daripada menjadi inti dan sari kepada setiap skandal.

Lebih 50 tahun UMNO/BN memerintah kerajaan negeri Selangor, terlalu banyak skandal telah direkodkan. UMNO/BN amat sinonim dengan segala bentuk kejahatan. Hampir kesemua MB ada skandal dan hampir semua MB jatuh kerana skandal. Kita amat mengharapkan kerajaan baru pakatan rakyat dinegeri Selangor akan membawa cahaya baru dan akan dapat membebaskan Selangor daripada badi skandal yang bersepah dan membusuk yang dibawa oleh UMNO/BN. Mungkin perlu tepung tawar, jampi serapah dan doa munajat daripada pakarnya seperti Ismail Kamus dan Haron Din. Mungkin juga perlu pendedahan dan mainan media seperti yang dibawa oleh berpuluh malahan beratus blogger dan media baru yang bersepah di alam maya.

Yang jelasnya, kita benci skandal! Hancur skandal!!!!

Blog ini dibuat khusus untuk membenci skandal dan membongkar segala skandal yang ada di negeri Selangor supaya setiap pemimpin yang ada sentiasa beringat untuk tidak mendekatinya walau setapak.

Tidak kira siapa anda - MB, EXCO atau Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri. Sekiranya anda ada skandal, kami akan dedah dan paparkan di sini. Biar rakyat tahu dan biar mereka menilai.

Untuk makluman awal, kami dah punya maklumat tentang skandal melibatkan Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri Selangor. Beliau memang berpangkat tinggi dan bercita-cita untuk naik lebih tinggi. Beliau begitu bermaharajalela di negeri Selangor sehingga tidak ada siapa yang berani menegurnya. Beliau juga amat licik dan pandai berpura-pura laksana sesumpah. Dan yang jelasnya, beliau adalah pusaka puaka peninggalan UMNO/BN yang perlu dihapuskan.

Siapakah dia???

Tungguuuuuu………